Kelas STEM – Matahari dan Planet

27 April 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 26 April 2024, Jumaat, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas STEM yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 3:30 petang bertempat di bilik latihan NADI Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 3 orang peserta.

Kelas STEM pada kali ini telah membincangkan topik berkenaan dengan Matahari dan Planet. Para peserta telah didedahkan dengan satu-satunya bintang di sistem Suria iaitu Matahari dan kedudukan planet-planet di sistem Suria. Selain itu, para peserta juga turut mempelajari tentang beberapa kategori planet iaitu “Rocky Planet” dan “Gas Giant”. Pada kelas STEM ini juga, turut dibincangkan adalah kedudukan planet-planet kerdil seperti Pluto, Ceres dan Eris.

Semoga kelas STEM ini dapat memberikan manfaat kepada para peserta khususnya dalam meningkatkan tahap kreativiti mereka untuk berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif seterusnya dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali